![]() | ![]() |
VISI
Sekolah Unggul Penjana Generasi Gemilang
MISI
"Membangunkan Potensi Individu Pendidikan Berkualiti"
SMKPL, 2 September 2010 – Badan Amal dan Kebajikan Kakitangan Palong Timur (BAKTI) telah mengadakan majlis berbuka puasa sebagai penutup tirai program di dalam bulan ramadhan ini sebelum kita bercuti untuk menyambut aidilfitri. Antara tetamu kehormat yang turut sama memeriahkan majlis ialah Penyelaras SMK Palong Timur, En. Rahman B. Sahlan dan YDP PIBG SMK Palong Timur iaitu En. Abd Hamid B. Ariffin. Majlis ini turut menyampaikan sumbangan ikhlas kepada En. Zakaria Chek B. Abd Kadir yang baru sahaja dilanda musibah akibat daripada kebakaran rumahnya. Selain daripada itu, BAKTI juga menyampaikan cenderahati kepada ustazah Pn. Rahimah Bte. Ibrahim yang akan berpindah ke SMK Dato’ Ahmad Arshad di Batu Anam, Segamat. Program yang antaranya bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara warga SMK Palong Timur ini diharapkan akan tercapai sepenuhnya.
Makluman kepada semua guru mata pelajaran SPM 2010:
Tarikh akhir memasukkan markah Peperiksaan Percubaan SPM 2010 adalah sebelum atau pada 20 September 2010.
Sekian untuk tindakan.
UPP SMKPL 2010

Seluruh warga SMK Palong Timur mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-53. Semangat perjuangan orang-orang terdahulu patut dijadikan teladan kepada kita semua. Sambutlah kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
"1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI"
SMKPL, 30 Ogos 2010 – Seluruh warga SMK Palong Timur pada hari ini mengalu-alukan kedatangan Guru Penolong Kanan Pentadbiran baharu ke SMK Palong Timur. GPK Pentadbiran yang dimaksudkan ialah En. Mohamad Shah Bin Hashim yang menggantikan En. Md. Khider B. Abd Rahman yang berpindah ke SMK Buloh Kasap, Segamat pada 26 Ogos 2010. Berikut adalah sedikit biodata diri En. Mohamad Shah B. Hashim:
Page 1 of 27






![]() | Hari ini | 1641 |
![]() | Semalam | 2121 |
![]() | Minggu ini | 15092 |
![]() | Minggu lalu | 12659 |
![]() | Bulan ini | 8500 |
![]() | Bulan lalu | 65785 |
![]() | Sehingga kini | 234850 |
Perhatian kepada para pelajar yang ingin membuat tempahan gambar kelas, anda boleh membuat tempahan beserta dengan bayaran RM1 kepada ketua/penolong tingkatan masing-masing. Tarikh tutup tempahan ialah pada 3 September 2010 (Jumaat). Manakala yang ingin membuat tempahan gambar Badan Beruniform, anda boleh terus berhubung dengan Cikgu Tan Sok Phiaw. Sekian harap maklum. |
LAMAN WEB RASMI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SEGAMAT |
| SMK Buloh Kasap | SMK Dato' Bentara Dalam | SMK Tenang Stesen | SMK Bekok | SMK LKTP Pemanis SMK (LKTP) Maokil | SMK Seri Jementah | SMK Bandar Putra | SMK Seri Kenangan | SMK Labis | SMK Munshi Ibrahim Labis | SMK Chaah | SMKA Segamat |
SK Temenggong Abdul Rahman | SK Dato' Seri Maharaja Lela | SK Melayu Raya | SK (Felda) Pemanis 1 | SK Kampung Kudung |